
Kehidupan di bandar, jalan yang sering sesak ketika ke tempat kerja, tekanan kos sara hidup yang kian meningkat dan tingkah laku menteri2 di zaman najib ini kadang kala membuatkan kita berfikir untuk lari jauh daripada semua masalah ini.
Gambar-gambar di kawasan bangsa bajau yang tinggal di perairan sabah ini mungkin boleh membuatkan anda berfikir sejenak bahawa masih ada kehidupan yang lebih aman untuk kita.

Orang bajau di ini dahulunya tinggal di lautan dan hanya ke darat ketika perlu seperti untuk upacara pengebumian dan sebagainya. Rata-rata mereka tinggal di kawasan perairan seperti ini.


Anak-anak bajau kebiasaannya tidak bersekolah dan membantu ibu bapa mereka untuk aktiviti laut seperti menangkap ikan.
Orang bajau juga meliputi 13.4 persen daripada populasi di muka bumi sabah. Pada zaman moden ini, kebanyakkan mereka tinggal di darat dan menjalani kehidupan moden.
Tetapi sebenarnya, masih wujud kelompok yang tinggal di laut dan pada keadaan Malaysia sekrang, sudah tentu mereka yang memilih kehidupan ini hidup dengan keadaan yang lebih aman dan bahagia.
Mungkin definasi kebahagian bagi setiap orang berbeza, tetapi kehidupan mereka adalah lebih mudah dan bahagia jika difikirkan dari keadaan Malaysia sekarang.

P/S :Rasanya kalau ada unifi kat laut tu, esok juga boleh pindah.