5 Azam 2016 yang anda boleh letakkan di buku catatan anda sebagai seorang Muslim.
- Perbaiki 5 Rukun Islam terutamanya solat. Bermula dengan solat fardhu. Peringkat awal mungkin kita akan tertinggal waktu solat. Ambil catatan dan qada setiap solat sehingga kita dapat biasakan diri dengan kehidupan solat.
- Mulakan merancang mencari rezeki yang halal! Jika sebelum ini kita terlibat dengan aktivit-aktiviti rezeki yang tidak halal. Ubah cara hidup dan mulakan yang baru.
- Azam untuk berkahwin terutamanya bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan. Elakkan maksiat dan cuba sedaya upaya untuk kearah hubungan yang halal.
- Utamakan ibu bapa dan keluarga. Jika sebelum ini kita sering lupakan mereka,call sebulan sekali dan jarang luangkan masa,perbaiki dengan sentiasa hubungi mereka. Pastikan mereka sentiasa ada didalam perancangan 2016 kita.
- Sentiasa bersyukur. Rezeki mungkin berbeza-beza. Ada yang naik kancil, ada yang naik audi ke tempat kerja. Jika kita bersyukur dengan rezeki yang ada, berusaha untuk memperbaiki apa yang sebelum ini tidak betul, Insyaallah rezeki Allah akan pastikan anda cukup makan,cukup segalanya walaupun duit poket tinggal RM10.
Teringat pesanan kawan yang bergaji RM1700 sedangkan kawan-kawan lain bergaji RM4000 sebulan...
"Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita ada, jangan risau.Biarpun duit tinggal RM10 didalam poket, insyaallah akan cukup sehingga ke akhir bulan. Teruskan berusaha dan jangan lupa dengan tanggungjawab kita sebagai Muslim"
Ada nak tambah?
0 ulasan:
Catat Ulasan